Pelajar

GURU

KELAS

Profil Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah SMK Paya Rumput bermula hasil permintaan penduduk tempatan yang mahukan satu sekolah menengah di kawasan mereka apabila semakin banyak taman-taman perumahan dibuka serta pertambahan penduduk di kawasan mereka. Pada asal pembinaan, sekolah ini dinamakan SMK Bertam disebabkan bahagian padang kawasan sekolah ini termasuk di dalam Mukim Bertam. Tetapi atas bantahan penduduk setempat, oleh kerana bahagian bangunan utama dan pintu hadapan adalah di dalam kawasan Paya Rumput maka sekolah dinamakan dengan SMK Paya Rumput. Kawasan tapak SMK Paya Rumput ini adalah seluas 70374.29 meter persegi (17.39 ekar) manakala keluasan lantai bangunannya ialah 7910.11 meter persegi (1.96 ekar).

SMK Paya Rumput mula beroperasi pada tanggal 18 September 2012. Kumpulan pertama yang dihantar bagi menguruskan untuk persediaan operasi sekolah adalah tiga orang pentadbir iaitu Pengetua, GPK Pentadbiran dan GPK HEM. Pengambilan kumpulan pertama murid adalah terdiri daripada murid tingkatan 1,2 dan 4 seramai 302 orang manakala guru-guru seramai 18 guru serta 3 orang staf pelaksana. Pelajar-pelajar ini diambil daripada sekolah-sekolah berhampiran seperti SMK Malim, SMK Tun Haji Abdul Malek dan SMK Dol Said yang mempunyai alamat rumah berdekatan dengan sekolah. Pada awalnya, hanya 15 kelas dibuka tetapi sekarang kelas telah menjangkau kepada 27 kelas dengan bilangan pelajar seramai 834 orang.

Majlis Pra Pembukaan sekolah telah dilaksanakan oleh Exco Pendidikan Dato Gan Tian Loo pada 25 September 2012 (Selasa). Manakala pada tanggal 3 Mei 2013, SMK Paya Rumput telah dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Hj. Rustam, Ketua Menteri Melaka dengan pengetua pertamanya Datin Wira Hajah Hamidah bt Hassan. Datin Wira bersara pada tahun Jun 2015 dan digantikan oleh Puan Hajah Rubaiya bt Abu Nawas pada Julai 2015 hingga 5 Julai 2020. Pada Julai 14,2022 Tn Khalid Bin Bujang pula menggantikan Hajah Sahreah bt Md Zin sebagai pengetua, yang memperkenalkan MyPrissma sebagai akronim kepada Paya Rumput Secondary School.

TN KHALID BIN BUJANG

TN KHALID BIN BUJANG

PENGETUA

HJ ZULKEFLI BIN MAHADI

HJ ZULKEFLI BIN MAHADI

GPK PENTADBIRAN

PN INTANKU MONALIZA

PN INTANKU MONALIZA

GPK HEM

PN FAIRUDZAH BT AHMAD

PN FAIRUDZAH BT AHMAD

GPK KOKURIKULUM

PN DARI'AH BINTI SULAIMAN

PN DARI'AH BINTI SULAIMAN

GKMP BAHASA

PN ROIAMAH BINTI BASRI

PN ROIAMAH BINTI BASRI

GKMP SAINS & MATEMATIK

EN MOHD SUKRI BIN SHARIF

EN MOHD SUKRI BIN SHARIF

GKMP KEMANUSIAAN

PN HANIZA BTE MOHD HAMZAH

PN HANIZA BTE MOHD HAMZAH

GKMP TEKNIK VOKASIONAL

PT3

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

SPM

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Takwim Sekolah

Muat Turun Takwim Sekolah

Kami menyediakan takwim sekolah terkini untuk kemudahan anda merancang program sepanjang tahun dengan mudah. Klik butang dibawah untuk muat-turun

Keterangan Lencana Sekolah

Molekul
Melambangkan sekolah menitik beratkan sains untuk kehidupan

Buku
Melambangkan sekolah inimelahirka n murid yang berintelektual dalam bidang akademik serta ilmu pengetahuan yang tinggi

Buku
Mementingkan Akademik

Bumbung Atap
Melambangkan murid bersatu hati dan semangat perpaduan di bawah satu bumbung

Logo Olimpik
Semangat Kesukanan

Perisai
Melambang kekuatan murid

Lembaran Riben
Melambangkan perpaduan untuk meneruskan perjuangan

Warna Lencana
Berdasarkan warna bendera negeri Melaka

SMKPR Terus Gemilang

Bermula sebuah cita
Pendidikan yang terus terjana
Visi misi penggerak utama
Bersama mencapai kejayaan

Ikrar capai kemenangan
Sahsiah diri bentuk kemakmuran
Berwawasan demi kemajuan
Cemerlang dipersada impian

SMKPR maju dihadapan
Mendidik minda penuh setia
Berkreativiti Strategi
Kami berjanji membara semangat
Menimba ilmu yang diberi
Terbela nusa masa hadapan
SMKPR terus gemilang
Maju minda terus maju
Berusaha capai cita-cita
Bersemarak tuju puncak jaya
SMKPR terus terbilang

 

Lirik dan lagu Oleh
Ariff Fadillah Khalil
Pensyarah Muzik IPG Perempuan Durian Daun, Melaka
13 November 2014
Objektif dan Misi Kami
Kami di SMK Paya Rumput sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut
MISI KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia
VISI KAMI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

COGAN KATA

‘‘ HIDUP BERJASA MENJAYAKAN WAWASAN’’
Cogankata ini bermaksud sekolah ini berusaha
melahirkan generasi yang cemerlang dan seimbang bagi memenuhi aspirasi negara sesuai dengan kehendak
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

OBJEKTIF KPM

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu ;

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera;

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara;

Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warnegara Malaysia.

MISI KAMI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MOTTO SEKOLAH

Bersemangat, Berusaha dan Berjaya.

Kemudahan Sekolah

SMK Paya Rumput lengkap dengan kemudahan terkini untuk pembelajaran para pelajar lebih kondusif

Petunjuk Prestasi Utama Kami
KES PONTENG

Peratus Kes Murid Ponteng Sekolah bagi semua tahun menurun 0.1 (%) daripada 1.1% kepada 1.0%

KEDATANGAN MURID

Kedatangan Murid ke Sekolah bagi semua tahun 93%

KES DISIPLIN

Tiada Kes Disiplin Peringkat Berat dan Peringkat Sederhana dan Peringkat Ringan hanya 1.0% 

KES MURID LEWAT

Peratus penurunan Kes Murid Lewat ke sekolah daripada 3% kepada 2.3%

PEPERIKSAAN

Pencapaian murid melepasi gred D iaitu mencapai tahap minimum

 

SKOR KOMPOSIT

Meningkatkan Skor Komposit Sekolah daripada Band 3 kepada Band 2

Hubungi Kami
Jika ada sebarang masalah sila hubungi kami seperti maklumat di bawah. Kami akan cuba membantu anda

SMK Paya Rumput

+ 60-63163705

+ 60-63163706

SMK Paya Rumput

KM 12.8 PAYA RUMPUT, MELAKA