KLUANG: Kementerian Pendidikan mahu menekankan lebih penghayatan terhadap silang budaya dan kaum di peringkat sekolah dan universiti agar semangat perpaduan antara pelbagai bangsa dapat terus dipupuk.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata dengan penghayatan melalui pelbagai aktiviti termasuk kurikulum itu masyarakat diyakini akan dapat lebih memahami makna kehidupan bersama.
“Pada saya yang lebih penting ialah penghayatan. Jadi penghayatan melalui aktiviti kurikulum, aktiviti bersama, itu akan lebih mendekatkan kita.
Kita tidak mahu dari segi teori saja tapi kita mahu dari segi praktikal supaya kita lebih memahami dalam erti kata kehidupan bersama itu sendiri,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan plak Program Bantuan Rumah Harapan di Kampung Parit Haji Hashim di sini, pada Ahad.
Recent Comments